SLS Mahir Baiki Gajet Mitos vs Fakta Penjagaan Smartphone 2026
3 September 2026 | Aktiviti TerkiniPada 3 September 2026, seorang peserta telah menyertai Kelas SLS Mahir Baiki Gajet yang bertajuk Mitos vs Fakta Penjagaan Smartphone 2026. Kelas ini telah diadakan bagi memberikan pendedahan kepada peserta mengenai cara penjagaan telefon pintar yang betul serta membongkar pelbagai mitos yang sering dipercayai oleh pengguna. Perkongsian merangkumi penjagaan bateri, kaedah pengecasan yang betul, pengurusan storan dan aplikasi serta langkah-langkah untuk memastikan prestasi telefon sentiasa berada pada tahap yang baik.
Melalui kelas SLS ini, peserta dapat membezakan antara fakta dan mitos berkaitan penjagaan smartphone serta memperoleh tip mudah untuk memanjangkan jangka hayat peranti. Program ini diharapkan dapat meningkatkan kesedaran peserta supaya lebih bijak dan berhati-hati dalam mengurus serta menggunakan telefon pintar dalam kehidupan seharian.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: